Saturday, May 2, 2009

aNda sTresS ????!!!!

TEKANAN ataupun lebih dikenali dan sinonim dengan sebutan “Stress” merupakan satu perkara yang universal serta telah diakui menjadi faktor penting kepada penyumbang permasalahan perasaan dan emosi pada abad ini.

Setiap insan yang dijadikan di muka bumi yang tercinta ini tidak ada seorang pun yang tidak pernah mengalami stress sama ada di dalam pekerjaan, keluarga, penbelajaran, di dalam kumpulan, organisasi, peperangan, cuaca, kos dan apa sahaja perkara yang boleh menjadi punca kepada tekanan sama ada secara langsung atau tidak langsung. Setiap manusia pasti akan melalui atau merasai stress di dalam kehidupannya kerana manusia tidak sempurna dan tidak ada seorangpun yang tidak pernah menghadapi masalah.

Gejala stress boleh dikesan berlaku secara melalui gaya pertuturan dan komunikasi seseorang itu, terutama di kaunter-kaunter perkhidmatan yang perlu berhadapan dengan pelbagai karenah pelanggan. Stress juga boleh dikesan apabila seseorang itu melakukan sesuatu seperti melepaskan geram disebabkan sesuatu perkara. Kadang kala stress itu dilepaskan ke tempat lain seperti daripada seorang boss kepada seorang pekerja dan daripada seorang bapa kepada seorang anak atau isteri.Secara dasarnya, stress boleh didefinisikan sebagai satu keadaan kegagalan untuk bertindak balas dengan sepatutnya kepada keadaan yang menjadi punca tekanan sama ada emosi atau pun fizikal. Dengan erti kata lain, individu yang mengalami tekanan akan memberi tindak balas yang berbeza daripada biasa dan lazimnya ia melibatkan kesan emosi seperti marah atau mudah “naik angin”.


Seringkali dalam kehidupan kita, pekerjaan dan pembelajaran adalah 2 faktor membawa gejala kerunsingan sehingga keadaan ketegangan atau stress. Manusia seringkali mengadu bahawa ia mengalami stress, 'tension' atau tegang. Peningkatan gejala stress dikalangan pelajar seringkali dikaitkan dengan faktor persekitaran semasa khususnya menjelang musim peperiksaan. Senario ini serupa apabila kita menyatakan bahawa kita tiada 'mood', atau kita tiada minat untuk belajar. Bagi golongan dewasa, stress seringkali melanda kehidupan berikutan masalah kewangan dalam rumahtangga. Apakah kesan buruk gejala stress? Kesepian dan menyendiri merupakan symptom susulan akibat stress. Jika tidak diatasi, kesan buruk yang lebih serius boleh berlaku seperti tekanan perasaan & bunuh diri. Jadi, atasi stress segera dengan bertenang & berfikiran positif untuk kehidupan yang lebih sihat. Senyum juga mampu mengawal stress anda. :)

Seperti biasa, sebagai seorang muslim, solat merupakan teknik terbaik untuk mengatasi stress dengan berdoa dan bermohon kepadaNya. Amalan berzikir dan membaca Al-Quran merupakan kaedah yang paling berkesan untuk menenangkan emosi dan perasaan yang bercelaru. Sesungguhnya, stress atau kemurungan boleh diatasi oleh setiap individu itu, apa yang penting adalah keinginan dan kesungguhan untuk berbuat demikian.

Tuesday, April 21, 2009